PERUTUSAN PENGETUA

Assalamualaikum dan salam Sejahtera

Selamat Datang ke Laman Sesawang Rasmi SMAN Beaufort, Sabah. Setinggi-tinggi tahniah dan ucapan terima kasih ditujukan kepada semua kerana telah berusaha gigih menjadikan laman ini suatu kenyataan. Wujudnya laman ini membolehkan warga SMAN Beaufort termasuk para ibu bapa berinteraksi dengan pihak sekolah supaya segala masalah dapat dibincang dan diselesaikan dengan baik. Pihak sekolah juga mengalu-alukan idea-idea penambahbaikan pengurusan sekolah dari semua pihak demi kesejahteraan murid-murid SMAN Beaufort. Semoga laman ini menjadi perangsang kepada matlamat sekolah untuk menjadikan murid-muridnya cemerlang dari segi sahsiah, kurikulum, kokurikulum dan kepemimpinan.

Sekian, Terima kasih.

Hj Jaludin Hj Kadir

Pengetua

SMAN Beaufort.